Anda memelihara kucing dan bingung bagaimana hendak meningkatkan hubungan dengan kucing anda?
Ikuti tips-tips di bawah:π€βπ»
1. Luangkan Masa untuk Bermain dengannya Setiap Hari
Luangkan sedikit masa setiap hari untuk bermain bersama kucing anda, walaupun sibuk. Bermain dengan mainan seperti “cat teaser” dan peralatan mainan kucing yang lain boleh membantu mempereratkan hubungan anda dengannya.
2. Memberi Makan Secara Berkala
Pastikan memberi makan secara berkala selain daripada waktu makannya, seperti ‘wet food’ ataupun kibbles untuk mengeratkan hubungan serta membina kepercayaanya. Panggil namanya untuk menarik perhatiannya ketika memberi makanan. Ini akan membantu untuk membina interaksi dan kepercayaan mereka.β¨π½
3. Menyediakan Persekitaran Kehidupan yang Selesa
Sediakan persekitaran yang selesa dan hangat bagi kucing untuk merasa selamat dan selesa. Sediakan tempat yang selesa untuk kucing berehat seperti sangkar ataupun katil kucing.
4. Fahami Tingkah Laku Kucing dan Berikan Kebebasan
Amati dan fahami tingkah laku serta minat kucing. Latih mereka dengan kesabaran dan berikan ganjaran selepas itu untuk mempereratkan hubungan.π€βπ»
Berikan ruang yang mencukupi kepada mereka dan hargai privasi mereka. Biarkan mereka mendekati anda terlebih dahulu sebelum berinteraksi, elakkan mengganggu waktu tidur mereka.πΌπ«Άπ»
5. Berkongsi Ruang
Kongsi ruang kehidupan dengan kucing anda, contohnya duduk bersama dalam bilik yang sama. Sikat bulu mereka secara berkala untuk keselesaan mereka serta membantu mereka dalam kebersihan diri mereka.πΌπ«Άπ»
Selain itu, cara memeluk dan mengangkat kucing dengan betul amat penting untuk keselesaan mereka. Jangan mengangkat mereka dengan leher atau anggota badan yang lain yang mereka tidak suka. Jika kucing merasa tidak selesa dan memberontak ketika dipeluk, lepaskan mereka. Pelajari cara membelai kucing dengan betul untuk mereka merasa selesa dan dekat dengan anda.π€β¨
Kami berharap semua kaedah ini dapat membantu mempereratkan ikatan emosi anda dengan kucing. πJika anda suka perkongsian kami, anda boleh kongsi artikel kami ini dengan rakan-rakan penggemar kucing yang lain.π½β¨
Follow Akaun kami di Lemon8 : Kucingku